Ilustrasi pasangan bernikah. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

PKP: Nikah di Selangor kekal secara sidang video

SHAH ALAM, 19 FEB: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kekal menetapkan pelaksanaan akad nikah menerusi sidang video susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini.

Agensi berkata majlis dipantau pendaftar perkahwinan di Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) atau penolong pendaftar perkahwinan (PPP) yang berada di masjid.

“Menerusi kaedah ini, pendaftar atau PPP menyaksikan lafaz ijab dan qabul oleh wali dan pengantin lelaki yang berada bersama pengantin perempuan serta dua saksi,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Jais turut meningkatkan kepada 50 temu janji urusan perkahwinan bagi perkhidmatan kaunter di Paid Klang, Hulu Langat, Gombak dan Petaling mulai Isnin lalu.

Sebelum ini, semua Paid hanya boleh menguruskan 25 temu janji dari jam 8 pagi hingga 1 petang.

Semalam Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub membenarkan akad nikah dilakukan di masjid bagi negeri dikenakan PKP dengan jumlah tetamu terhad 20 orang tidak termasuk jurunikah dan saksi.


Pengarang :