Dato’ Seri Amirudin Shari melawat gerai dan menyerahkan kalendar kepada salah seorang peniaga ketika lawatan kerja di Sabak Bernam pada 11 Januari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Program kemahiran, pinjaman asas tangani dampak Covid-19

SHAH ALAM, 10 FEB: Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menampan kesan kewangan rakyat dan komuniti perniagaan akibat Covid-19.

Dato’ Menteri Besar berkata usaha termasuk mewujudkan deretan program dan latihan bagi meningkatkan kemahiran melalui Selangor Kerjaya serta Selangor Freelance.

“Kita juga melaksanakan Skim Niaga Darul Ehsan (NaDi) dan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE), sekadar menyebut beberapa contoh dari pelbagai usaha yang dilakukan.

“Untuk komuniti perniagaan, Selangor merintis jalan pembaharuan pentadbiran dengan pengenalan Dasar 100 Hari sejak 2019,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam perutusan Tahun Baharu Cina.

Beliau berkata Kerajaan Negeri juga mewujudkan Program Digitalisasi Urus Tadbir Tenaga Kerja (PRODUTK) untuk membantu peniaga melaksanakan pendigitalan operasi.

Jelas Amirudin, inisiatif e-Pembekalan Peruncit Mikro dan Kecil pula membantu golongan itu mendapat bekalan pada harga murah melalui platform digital.

“Seperti semangat lembu dalam zodiak Cina yang membawa maksud kerja keras, kejujuran dan keluhuran, begitu juga aspirasi yang cuba dibawa Selangor dan tercermin dalam gerak kerja kita untuk rakyat.

“Saya mengharapkan yang terbaik untuk semua agar dalam keadaan wabak yang terus menggila, kita tidak putus asa dan terus bekerja bagi meneruskan kehidupan,” katanya lagi.


Pengarang :