Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas Majlis Penyerahan tablet bagi kegunaan petugas barisan hadapan di MAEPS, Serdang pada 2 Februari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Pusat kuarantin komuniti mudahkan usaha tangani penularan Covid-19

SHAH ALAM, 2 FEB: Selangor bakal mewujudkan pusat kuarantin komuniti bagi mengatasi penularan kes Covid-19 dalam sesebuah kawasan.

Dato’ Menteri Besar berkata langkah itu penting bagi memudahkan pengasingan pesakit disahkan positif bersama kumpulan sebaliknya ditempatkan di pusat yang bersama.

“Perbincangan telah dibuat antara Jabatan Kesihatan Negeri dan EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud.

“Namun kita memerlukan kerjasama dari hospital swasta untuk pembinaannya sekali gus bersama menangani lambakan kes penyakit berjangkit ini,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata demikian selepas lawatan ke taska sementara anak-anak petugas Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) 2.0 di sini hari ini.


Pengarang :