Petugas kesihatan membuat persediaan dan merekod kehadiran pesakit Covid-19 ketika tinjauan hari pertama pembukaan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati Shah Alam pada 8 Februari 2021. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pusat nilai Covid-19 Petaling dipindah ke Stadium Malawati (senarai lengkap CAC)

SHAH ALAM, 9 FEB: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mengubah lokasi Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) daerah Petaling ke Stadium Malawati, Seksyen 13 di sini bermula semalam.

Menurut Facebook jabatan berkenaan, ia juga memaklumkan tambahan nombor telefon CAC tersebut dan Sabak Bernam untuk memudahkan pesakit.

“Sekiranya anda pesakit positif Covid-19 yang menjalani rawatan di rumah dan mengalami sebarang gejala, sila hubungi nombor CAC. Pasukan Penilaian Rumah akan membantu anda.

“Sekiranya gejala anda bertambah teruk, sila hubungi 999 atau ke hospital terdekat dengan kenderaan sendiri,” tulis jabatan itu.

Selain nombor WhatsApp 011-6405 5718, nombor telefon tambahan CAC Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling seperti berikut: 011-5881 4350 dan 011-5881 4280.

Selain stadium dan dewan orang ramai, 19 CAC di seluruh Selangor turut ditempatkan di klinik kesihatan (KK) dan klinik desa yang disenaraikan.

Untuk CAC di Sabak Bernam pula, selain nombor sedia ada kekal, nombor telefon bagi lapan pusat tersebut seperti di bawah:

KK Sungai Besar: 03-3241 1358
KK Sungai Lima: 03-3224 2823
KK Sekinchan: 03-3241 0331
KK Sabak: 03-3216 1355
KK Parit Baru: 03-3213 6223
KK Sungai Air Tawar: 03-3213 6227
KK Bagan Terap: 03-3216 2722
KK Merbau Berdarah: 03-3216 1077

CAC mula dibentuk pada hujung Januari bagi menilai pesakit sama ada kekal dikuarantin di rumah atau perlu dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19. Jika perlu rawatan lanjut, pesakit dirujuk ke hospital.

Senarai lengkap nombor telefon CAC beserta hari dan waktu operasi boleh dirujuk di Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.


Pengarang :