Penduduk sekitar Klang menyukat suhu sebelum memulakan proses saringan Covid-19 di Taman Bayu Perdana pada 23 Disember 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Sabak Bernam sifar kes baharu Covid-19

SHAH ALAM, 23 FEB: Sabak Bernam satu-satunya daerah di Selangor merekodkan sifar kes baharu Covid-19 hari ini.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) daerah Hulu Selangor merekodkan lima kes harian iaitu empat di mukim Serendah dan satu di Batang Kali.

“Sebanyak 12 kes melibatkan daerah Kuala Selangor dengan kebanyakannya di mukim Bestari Jaya (sembilan), diikuti Jeram (dua) dan Ijok (satu).

“Selain itu mukim Dengkil (27), Labu (sembilan) dan Sepang (satu) menjadikan angka harian keseluruhan di daerah Sepang adalah 37 kes,” katanya menerusi Facebook.

JKNS berkata daerah Kuala Langat pula (46), Gombak (84) dan Hulu Langat (88) manakala daerah merekod angka melebihi 100 kes adalah Klang (465) dan Petaling (193).

Selangor merekodkan angka harian kes Covid-19 di bawah 1,000 selama tiga hari berturut-turut.

Negeri ini mencatatkan 868 dan 901 kes pada Ahad serta semalam, diikuti 932 kes baharu hari ini.


Pengarang :