Wakil Operasi Pasukan Petugas Khas Covid-19 Selangor, Dr Nurul Solihin Nurul Hasnan
AGENSISELANGOR

Saringan Komuniti percuma Covid-19 diteruskan ke Klang, Petaling Jaya

SHAH ALAM, 17 FEB: Saringan Komuniti percuma Covid-19 diteruskan ke Klang esok dan Petaling Jaya pada Ahad ini, kata Pegawai Tadbir Hal Ehwal Komuniti Operasi Pasukan Khas Selangor Covid-19 (STFO).

Menurut Dr Nurul Solihin Nurul Hasnan, saringan bersasar itu dilaksanakan susulan negeri ini masih menunjukkan peningkatan jangkitan wabak dan majoriti daerah masih dalam zon merah.

“Justeru, penduduk yang tinggal berdekatan dan berisiko tinggi amat digalakkan menjalani ujian saringan berkenaan.

“Maklumat lanjut berkenaan lokasi akan sentiasa dikemaskini menerusi Facebook Selcare Clinics dan orang ramai boleh membuat pendaftaran di http://screening.selangkah.my bagi melancarkan proses,” katanya ditemui SelangorKini.

Dr Nurul Solihin berkata saringan komuniti akan diteruskan ke Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang esok bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Katanya, selepas itu, Dewan Melati Majlis Bandaraya Shah Alam di Seksyen 7 pada Sabtu ini dan kemudiannya di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya Kampung Lindungan PJS 6 pada Ahad.

“Kami sasar seramai 500 hingga ke 1,000 individu disaring di setiap lokasi saringan komuniti berkenaan,” katanya.

 


Pengarang :