Pemilik Mine Aura Salon, Siti Azura Rozali, 33, memotong rambut pelanggannya pada hari pertama kedai gunting rambut dibenarkan beroperasi ketika tinjauan di Sungai Buloh pada 5 Februari 2021. Foto: BERNAMA
AGENSISELANGOR

Saringan pekerja punca Petaling catat kes Covid-19 tertinggi

SHAH ALAM, 12 FEB: Daerah Petaling merekodkan kes Covid-19 tertinggi hari ini dengan 423 jangkitan, majoriti hasil saringan pekerja.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata sebanyak 126 kes dikesan di mukim Damansara, mukim Bukit Raja (117), mukim Petaling (108) dan Sungai Buloh (72).

“Daerah Kuala Selangor pada kedudukan kedua mencatat 277 kes iaitu 259 kes di mukim Bestari Jaya, mukim Ijok (14), mukim Kuala Selangor (dua) serta mukim Jeram dan Tanjung Karang masing-masing satu.

“Sebanyak 159 kes di Hulu Langat, 77 daripada dikesan di mukim Cheras, mukim Ampang (45), mukim Kajang (25), mukim Semenyih (lima) serta mukim Beranang dan Hulu Langat (tiga),” katanya di Facebook.

Sementara itu, daerah Sepang mencatat 137 kes, 118 daripadanya di mukim Dengkil manakala mukim Labu (14) dan mukim Sepang (empat).

Jabatan itu menambah daerah Klang pula melaporkan 111 kes dengan 56 kes di mukim Kapar dan 55 lagi di mukim Klang.

“Sebanyak 72 kes di daerah Gombak iaitu 40 di mukim Rawang, mukim Batu (17), mukim Hulu Kelang (tujuh), mukim Setapak (enam) dan mukim Kuang (dua).

“Daerah Kuala Langat merekodkan 24 kes iaitu masing-masing 11 kes di mukim Morib dan Telok Panglima Garang manakala mukim Batu serta Jugra (satu),” katanya.

Agensi turut memaklumkan sembilan kes dikesan di daerah Hulu Selangor iaitu empat kes di mukim Batang Kali dan Serendah manakala satu kes di mukim Sungai Tinggi.

Menurutnya, dua kes dilaporkan di daerah Sabak Bernam, satu daripadanya mukim Panchang Bedena dan satu lagi kes import yang mendapat jangkitan dari Indonesia.


Pengarang :