AGENDABERITA UTAMAEXCONASIONALSELANGOR

Selangor anjur kejohanan catur maya, tawar hadiah RM33,960

SHAH ALAM, 28 FEB: Kerajaan Negeri menganjurkan kejohanan catur maya dengan menawarkan hadiah keseluruhan RM33,960.

EXCO sukan memaklumkan Grand Prix Selangor Xtiv Virtual Chess 2021 siri pertama dijangka bermula pada 10 dan 11 April mempertandingkan kategori wanita bawah 12 tahun dan terbuka bawah 18 tahun.

“Terdapat empat siri Grand Prix plus 1 dan Siri Grand Final. Ini masanya untuk serlahkan bakat anda dalam dunia catur,” kata Mohd Khairuddin Othman menerusi Facebook.

Kejohanan tersebut mendapat kerjasama Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor dan Persekutuan Catur Malaysia.

Mereka yang berminat diminta menghubungi Najib Abdul Wahab di talian 016-3382542 dan Iwan Schani Ibnu (017-5645183).

Pendaftaran juga boleh dibuat melalui ke [email protected] / [email protected] sebelum tarikh tutup pada 29 Mac.


Pengarang :