Seorang wanita kelihatan tenang ketika menjalani ujian calitan dalam program Saringan Komuniti Covid-19 bersasar secara percuma di Stadium Mini Sungai Besar, Sabak Bernam pada 25 Februari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Selangor catat 666 kes baharu Covid-19, sembilan kematian

SHAH ALAM, 25 FEB: Selangor mencatatkan jangkitan tertinggi dalam negara hari ini dengan 666 kes termasuk dua kes import, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu merangkumi 34.6 peratus daripada 1,924 jumlah harian yang dilaporkan.

“Sebanyak 187 kes dikesan dari kluster sedia ada termasuk 43 dari tiga kluster baharu.

“340 kes direkodkan hasil saringan kontak rapat manakala 137 dari lain-lain saringan. Ini menjadikan keseluruhan kes negeri sebanyak 97,484,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, Selangor turut merekodkan sembilan daripada 12 kematian hari ini dengan semuanya merupakan rakyat tempatan.

“Semua berusia antara 52 hingga 78 tahun dan menpunyai latar belakang sakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan jantung,” katanya.

 


Pengarang :