Petugas Kesihatan Selcare membantu orang ramai agar tetap mengikuti tatacara operasi piawai (SOP) ketika Saringan Komuniti di Dewan Melati, Shah Alam pada 20 Februari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Selangor catat kes Covid-19 bawah 1,000 tiga hari berturut

SHAH ALAM, 23 FEB: Selangor merekodkan angka harian kes Covid-19 di bawah 1,000 selama tiga hari berturut-turut.

Negeri ini mencatat 868 dan 901 kes pada Ahad serta semalam, diikuti 932 kes baharu hari ini.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) kes hari ini turut melibatkan 10 tahanan penjara di Hulu Langat serta dua kes import.

“Pertambahan kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes di Selangor adalah 96,237 dengan 4,317 kes aktif,” katanya menerusi Facebook.

Malaysia merekodkan sebanyak 2,468 kes baharu menjadikan keseluruhan 30,475 kes aktif.

Ketua Pengarah Kesihatan berkata sebanyak 4,054 kes sembuh serta 14 kematian dicatat hari ini.

Tan Sri Dr Noor Hisham berkata Selangor masih merekodkan kes baharu tertinggi dengan 932 kes manakala Perlis tidak merekodkan kes baharu.

 


Pengarang :