Kontena yang membawa kumpulan pertama vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech dibawa keluar dari pesawat di Kompleks MASkargo Sepang pada 21 Februari 2021. Foto REUTERS
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Selangor terima 78,000 dos vaksin dari persekutuan, utamakan petugas hadapan

SHAH ALAM, 23 FEB: Selangor menerima 78,000 dos vaksin Pfizer-BioNTech dari kerajaan persekutuan yang akan mengutamakan wakil rakyat dan petugas hadapan.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata agihan vaksin secara berperingkat mengikut kumpulan sasaran atau berkepentingan.

“Kita akan buat kajian terperinci kumpulan pertama yang akan terima suntikan memandangkan petugas hadapan Selangor sahaja lebih 40,000 orang,” katanya kepada SelangorKini.

Menurutnya, pembahagian dibuat secara adil dan meminta penduduk memberi kerjasama serta bersabar menunggu giliran mengikut jadual.

Sebanyak 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 21 Februari dari kilang di Belgium.

Fasa pertama suntikan meliputi petugas hadapan diikuti kumpulan berisiko tinggi, warga emas, kumpulan rentan, orang kelainan upaya (OKU) dan dewasa 18 tahun ke atas.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin menjadi individu pertama disuntik diikuti Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Rabu.

 


Pengarang :