Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan barangan keperluan asas kepada wakil Kelab Sukan Rekreasi Pengembara Angkasapuri Radio Televisyen Malaysia yang akan disumbang kepada asnaf di Selangor. Foto : Selangor Royal Office
BERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Tengku Permaisuri sumbang barangan keperluan harian untuk asnaf

SHAH ALAM, 18 FEB: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyumbang barangan keperluan harian kepada golongan asnaf di Selangor.

Selangor Royal Office dalam kenyataan memaklumkan baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan di beberapa kawasan di negeri ini.

“Sumbangan baginda itu diserahkan kepada wakil Kelab Sukan Rekreasi Pengembara Angkasapuri Radio Televisyen Malaysia iaitu Setiausaha Kelab, Salawati Abd Rashid.

“Sumbangan itu akan diagihkan menerusi program jelajah bantuan kebajikan kelab berkenaan,” katanya di Facebook.

Majlis ringkas penyerahan barangan sumbangan itu diadakan di pekarangan Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

 


Pengarang :