Pekerja warga asing berdiri di hadapan pasar yang ditutup ketika penularan wabak Covid-19 di Samut Sakhon, Thailand pada 20 Disember 2020. Foto REUTERS
AGENDANASIONAL

Tiga lagi kluster tempat kerja dikesan di Selangor

SHAH ALAM, 25 FEB: Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan tiga lagi kluster baharu di Selangor melibatkan jangkitan dalam kalangan pekerja kilang.

Ketua pengarah kesihatan berkata kluster Industri 19 melibatkan kilang di Kampung Baru Sungai Buloh, Shah Alam hingga menyebabkan jangkitan sekitar Petaling dan Gombak.

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes positif kluster itu dikesan sejak 19 Februari lalu dan sehingga hari ini 84 individu disaring dengan 34 darinya disahkan positif.

“Kluster SS Lapan melibatkan kilang di Zon Perindustrian Bebas Sungai Way, Petaling Jaya. Jangkitan kluster ini melibatkan Klang, Kuala Selangor dan Petaling selepas 36 didapati positif dari 600 individu disaring,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata kluster Industri Jalan Empat pula dikesan dari saringan bersasar pekerja kilang di Kawasan Perindustrian Bangi, Hulu Langat.

“Kes dilaporkan bermula 15 Februari lalu dan hingga hari ini 193 disaring, 12 positif. Jangkitan melibatkan Hulu Kangat, Klang dan Sepang,” katanya.


Pengarang :