Mimbar kayu keras dengan susur tembaga asli dekoratif dikekalkan di dalam Masjid Diraja Sultan Suleiman di Klang yang dibina berunsurkan seni bina Islam Moorish dan Eropah menjadikan masjid ini antara yang paling unik di Selangor. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Tolak vaksin Covid-19 bertentangan syarak, mudaratkan masyarakat

SHAH ALAM, 26 FEB: Dulu Yang Maha Mulia Sultan Selangor menegaskan perbuatan menolak suntikan vaksin Covid-19 adalah tidak bertanggungjawab dan dilarang hukum syarak.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah sikap demikian bukan sahaja memudaratkan diri sendiri bahkan seluruh masyarakat kerana sebahagian besar tidak dilindungi vaksin.

“Justeru, imuniti kelompok perlu diutamakan dan ia hanya boleh dicapai jika seluruh masyarakat mempunyai imunisasi yang tinggi.

“Ini bertepatan dengan prinsip Islam yang mementingkan pencegahan daripada sebarang kemudaratan,” titah baginda menerusi Facebook Selangor Royal Office hari ini.

Sultan Selangor bertitah demikian dengan berkongsi khutbah Jumaat bertajuk ‘Vaksin Covid-19: Mencegah Kemudaratan’ dan meminta umat Islam menghayati dari sudut akidah.

“Allah pasti menurunkan penawar bagi semua penyakit termasuk Covid-19. Inilah pegangan akidah sejati yang menghimpunkan usaha, doa serta tawakal.

“Namun, sekiranya segala usaha telah diambil dan dipatuhi, tetapi masih diuji dengan penyakit, maka hendaklah kita bersabar, tenang dan redha dengan apa ditetapkan Allah,” menurut khutbah dikeluarkan Unit Khutbah Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).


Pengarang :