Abdul Razak Abd Wahab, 41, (kiri) bersama isterinya Susilawati Saharuddin, 36, (dua, kanan) melayan anak kembar tiga mereka (dari kiri) Abdul Raqib Abdul Razak, 7, Abdul Raauf Abdul Razak, 7, dan Abdul Rafik Abdul Razak mengemas kelengkapan persekolahan dan mengajar mereka cara memakai pelitup muka dengan betul sebagai persediaan bermulanya sesi persekolahan esok ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas, Pontian pada 28 Februari 2021. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Warga sekolah mesti amalkan lapan perkara cegah Covid-19

SHAH ALAM, 28 FEB: Kementerian Pendidikan (KPM) mengingatkan warga sekolah supaya mengamalkan norma baharu apabila sesi persekolahan bermula esok.

Menurut KPM, guru dan murid perlu mematuhi lapan perkara bagi mencegah perebakan Covid-19 iaitu:

1. Saringan kesihatan di pintu masuk.
2. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun serta cecair pencuci tangan
3. Pematuhan jarak fizikal
4. Amalan etika batuk dan bersin yang betul.
5. Tiada aktiviti melibatkan perhimpunan.
6. Lakukan pembersihan permukaan yang kerap disentuh.
7. Buka tingkap dan pintu bagi pengudaraan yang baik.
8. Pastikan tandas sekolah sentiasa bersih.

Sesi persekolahan murid prasekolah, tahun satu dan dua bermula esok, diikuti tahun tiga, empat, lima dan enam pada 8 Mac.

Sekolah menengah pula pada 4 April bagi sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala negeri lain pada 5 April.


Pengarang :