Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (tiga, kanan) menyampaikan sumbangan kepada penduduk dalam program Dapur Perpaduan Projek Komuniti Kerajaan Prihatin di Desa Menteri Petaling Jaya pada 6 Februari 2021. Foto Facebook Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
AGENDANASIONAL

YaPEIM sumbang juadah bantu B40 di Desa Mentari

SHAH ALAM, 6 FEB: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyediakan makanan kepada lebih 100 penduduk Desa Mentari Petaling Jaya sebagai usaha membantu golongan berpendapatan rendah (B40) kawasan berkenaan.

Agensi itu berkata program ‘Dapur Perpaduan Projek Komuniti Kerajaan Prihatin’ bermula 6 pagi tadi turut mendapat kerjasama Persatuan Penduduk Petaling Jaya dan ibu pejabat polis daerah (IPD).

“Penduduk turut menerima bantuan bank makanan. Program ini bertujuan memberi kegembiraan dan sokongan serta membantu mengurangkan beban keluarga,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Menurut agensi, bagi menjayakan program terbabit pihaknya menyumbang 50 kilogram daging segar, 20 kampit beras serta 20 botol minyak masak bagi persiapan juadah.

Program disertai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid dan Pemangku Ketua Pengarah Parihah Hasan.

“Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta Ketua IPD Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal turut hadir,” katanya.


Pengarang :