Seorang kakitangan perubatan menerima suntikan vaksin Covid-19 di pusat pemberian vaksin, Serdang pada 4 Mac 2021. Foto REUTERS
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

12,336 warga Selangor terima suntikan vaksin fasa pertama

SHAH ALAM, 8 MAC: Seramai 12,336 individu di negeri ini mendapat suntikan vaksin dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, setakat semalam.

Berdasarkan maklumat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) di Twitter, seramai 139,720 orang menerima vaksin di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, Sarawak kekal mendahului membabitkan 22,140 orang, Pahang (14,473), Kelantan (11,927), Sabah (11,739), Kuala Lumpur (11,267), Johor (10,719) dan Perak (10,678).

Foto Twitter Vaksin Covid-19

Seramai 6,932 orang menerima vaksin di Terengganu, Kedah (6,269), Pulau Pinang (5,292), Negeri Sembilan (4,864), Melaka (4,312), Putrajaya (2,290), Labuan (2,259) dan Perlis (2,223),

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar memaklumkan seramai 68,677 individu menerima suntikan vaksin fasa pertama di Selangor melibatkan tiga kategori petugas hadapan.

Dato’Seri Amirudin Shari berkata kategori pertama meliputi 37,151 petugas Kementerian Kesihatan Malaysia, kategori kedua merangkumi 14,357 petugas petugas di klinik dan hospital swasta.

Manakala, kategori ketiga iaitu 17,169 lagi untuk petugas hadapan bukan kakitangan perubatan seperti bomba dan polis.


Pengarang :