Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya pada 19 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

1,268 kes baharu Covid-19, dua kematian

SHAH ALAM, 24 MAC: Kes baharu Covid-19 turun apabila 1,268 kes direkodkan berbanding 1,384 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 336,808 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata seramai 1,083 pesakit sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 320,925.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 14,637 kes.

“Sebanyak dua kematian direkodkan akibat wabak itu menjadikan keseluruhan korban adalah 1,246,” katanya pada kenyataan media.

Beliau berkata terdapat 161 pesakit Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 73 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 490 kes diikuti oleh Sarawak sebanyak 141 kes dan Johor sebanyak 135 kes.

 


Pengarang :