Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya pada 19 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

1,280 kes baharu Covid-19, sembilan kematian

SHAH ALAM, 9 MAC: Bilangan kes sembuh Covid-19 terus mengatasi kes positif baharu apabila 2,345 pesakit sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 296,379, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu Covid-19 turun apabila 1,280 kes direkodkan hari ini berbanding 1,529 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 316,269 kes.

Katanya jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 18,704 kes.

“Sebanyak sembilan kematian direkodkan akibat wabak itu menjadikan keseluruhan korban adalah 1,186,” katanya pada kenyataan media.

Beliau berkata terdapat 155 pesakit Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 76 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 464 kes diikuti oleh Johor sebanyak 165 kes dan Sarawak sebanyak 163 kes.


Pengarang :