Orang ramai menggunakan pelitup muka di tempat awam bagi mengawal penularan Covid-19 ketika tinjauan di sekitar Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

1,302 kes baharu Covid-19, empat kematian

SHAH ALAM, 28 MAC: Sebanyak 1,302 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah 341,944.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan itu menjadikan jumlah kes aktif kini sebanyak 14,380.

“Daripada keseluruhan kes hari ini, 1,293 membabitkan penularan tempatan dan sembilan kes import. Sarawak mencatatkan 426 kes baharu, diikuti Selangor (256), Johor (176) dan Kuala Lumpur (58).

“Perlis pula tidak mencatatkan kes positif baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, 169 kes kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 76 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, empat kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini sebanyak 1,255.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, 1,127 pesakit pulih hari ini.

 


Pengarang :