Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya pada 19 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

1,360 kes baharu Covid-19, dua kematian

SHAH ALAM, 25 MAC: Kes baharu Covid-19 naik sedikit apabila 1,360 kes direkodkan berbanding 1,268 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 338,168 kes.

Ketua pengrah kesihatan berkata seramai 1,491 pesakit sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 322,416.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 14,504 kes.

“Sebanyak dua kematian direkodkan akibat wabak itu menjadikan keseluruhan korban adalah 1,248,” katanya pada kenyataan media.

Beliau berkata terdapat 157 pesakit Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 72 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 356 kes diikuti oleh Sarawak sebanyak 308 kes dan Johor sebanyak 129 kes.

 


Pengarang :