Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 16 Februari 2021. Foto: BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

1,448 kes baharu Covid-19, lima kematian

SHAH ALAM, 10 MAC: Bilangan kes sembuh Covid-19 terus mengatasi kes positif baharu apabila 2,137 pesakit sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 298,516, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu Covid-19 naik sedikit apabila 1,448 kes direkodkan hari ini berbanding 1,280 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 317,717 kes.

Katanya jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 18,010 kes.

“Sebanyak lima kematian direkodkan akibat wabak itu menjadikan keseluruhan korban adalah 1,191,” katanya pada kenyataan media.

Beliau berkata terdapat 151 pesakit Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 72 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 561 kes diikuti oleh Johor sebanyak 273 kes dan Sarawak sebanyak 199 kes.


Pengarang :