Vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech dan picagari khas ‘Low Dead Volume’ yang digunakan bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

33,163 warga Selangor terima suntikan vaksin setakat 12 Mac

SHAH ALAM, 13 MAC: Selangor kekal negeri tertinggi menerima suntikan vaksin dalam kumpulan fasa pertama program imunisasi kebangsaan membabitkan 33,163 individu setakat semalam.

Laporan harian pemberian dos pertama vaksin mengikut negeri menyaksikan Sarawak pada kedudukan kedua iatu 29,052 individu manakala Perak 28,463 orang.

Mengikut data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter, seramai 275,851 individu menerima suntikan tersebut di seluruh negara.

Negeri lain iaitu Kuala Lumpur mencatat 28,244 individu, Pahang (21,841), Sabah (21,708), Johor (20,276), Kedah (16,546) dan Pulau Pinang (15,459).

Kelantan pula seramai 15,339, Terengganu (13,070), Negeri Sembilan (12,197), Melaka (7,733), Perlis (6,591), Putrajaya (3,827) dan Labuan (2,342).

Pada 21 Februari, sebanyak 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari kilang di Belgium.

Selangor menerima 78,000 daripada jumlah tersebut yang akan mengutamakan wakil rakyat dan petugas hadapan serta diagih secara berperingkat mengikut kumpulan sasaran atau berkepentingan.


Pengarang :