Seorang kakitangan perubatan mengisi jarum suntik dengan dos vaksin Pfizer-BioNTech di Pusat Perubatan Tokyo, Jepun pada 17 Februari 2021. Foto REUTERS
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

41 individu di Selangor lengkap terima vaksin Covid-19

SHAH ALAM, 20 MAC: Seramai 41 individu di Selangor lengkap menerima vaksin Covid-19 selepas selesai disuntik dos kedua.

Ketua pengarah kesihatan berkata data berkenaan diperoleh setakat kelmarin manakala dos pertama pula melibatkan 49,521 individu.

“Selangor antara lapan negeri yang sudah memulakan suntikan kedua. Penerima dos lengkap tertinggi direkod di Wilayah Persekutuan dengan 354, diikuti Perak (173) dan Pahang (118).

“Keseluruhan penerima dos pertama dan kedua setakat kelmarin berjumlah 385,126 individu,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook.

Khamis lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama EXCO Kerajaan Negeri selesai melengkapkan dos suntikan vaksin Covid-19.

Suntikan dos kedua vaksin jenis Pfizer-BioNTech itu diterima di Hospital Shah Alam, genap 21 hari selepas disuntik dos pertama pada 25 Februari lalu.

Turut disuntik, Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Nor Azmie Diron dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Dato’ Indera Dr Sha’ari Ngadiman.


Pengarang :