Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (tengah) menyerahkan cek cura bernilai RM100,000 kepada Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (Pitas) Muhamad Hafiz Muhamad Haneefa (kanan) pada 4 Mac 2021. Foto Facebook Majlis Agama Islam Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

411 maahad tahfiz terima manfaat bantuan Mais

SHAH ALAM, 5 MAC: Sebanyak 411 maahad tahfiz di bawah Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (Pitas) menerima manfaat hasil sumbangan RM100,000 daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Setiausaha Mais berkata bantuan menerusi peruntukan baitulmal diberikan kepada persatuan tersebut selaku penggerak utama institusi tahfiz Al-Quran persendirian di negeri ini.

“Mais berharap sumbangan disalur dapat membantu maahad tahfiz menyediakan kemudahan pembelajaran yang sempurna,” kata Dr Ahmad Shahir Makhtar.

Beliau berkata, pemilihan penerima berdasarkan permohonan Pitas bagi membantu menaik taraf kemudahan infrastruktur pembinaan bangunan mengikut ketetapan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sementara itu, Pengerusi Pitas Muhammad Hafiz Muhammad Haneefa berkata sumbangan berkenaan dapat membantu menaik taraf kemudahan maahad tahfiz terlibat di bawah seliaanya.

Bantuan itu disampaikan Pengerusi Mais, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf kepada Muhammad Hafiz semalam.


Pengarang :