Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ng Sze Han serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam, Dato’ Haris Kasim dan Pengarah Urusan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) Dr Fahmi Ngah menunjukkan aplikasi Scan To Ride ketika menaiki bas Smart Selangor pada Majlis Pelancaran Aplikasi Scan To Ride di Menara Bank Simpanan Nasional, Shah Alam pada 1 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOPILIHAN MINGGUANSELANGOR

53.2 juta pengguna Bas Smart Selangor sejak diperkenal

SHAH ALAM, 1 MAC: Seramai 53.2 juta pengguna Bas Smart Selangor memanfaatkan kemudahan itu sejak diperkenalkan pada 1 Julai 2015, kata EXCO pengangkutan.

Ng Sze Han berkata angka itu menunjukkan bahawa inisiatif Kerajaan Negeri memberikan perkhidmatan bas percuma disambut baik.

“Setakat ini sebanyak 136 Bas Smart Selangor di 43 laluan di seluruh 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini.

“Malah, perkhidmatan bas ini kekal diberi percuma kepada warganegara manakala caj RM0.90 kadar yang perlu dibayar buat warga asing mulai 15 Mac ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Pelancaran ‘Scan To Ride’ Perkhidmatan Bas Smart Selangor di Menara Bank Simpanan Nasional di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau menggalakkan pengguna Bas Smart Selangor memuat turun aplikasi Citizen E-Payment Platform (CEPat) untuk mengguna sistem ‘Scan To Ride’ mulai hari ini.

Beliau turut menjelaskan perkhidmatan dan laluan bas itu ditambah baik berdasarkan maklum balas pengguna.


Pengarang :