Selangorkini
Sesi menandatangani perjanjian pada 16 Mac 2021 bagi memuktamadkan usaha sama di antara Air Selangor dan IWK berkaitan pulih guna air bersama Ketua Pegawai Eksekutif Indah Water Konsortium Sdn Bhd, Narendran Maniam (pertama dari kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman (tengah) bersama Pengarah Central Water,Kevin Lee (kelima dari kiri) dan disaksikan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (kedua dari kiri) dan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari (keempat dari kiri). Foto: Air Selangor
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Air Selangor, IWK kerjasama bina loji pulih guna air bagi keperluan industri

SHAH ALAM, 16 MAC: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) menjalin kerjasama untuk melaksana projek loji air pulih guna bagi kegunaan industri.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Suhaimi Kamaralzaman manakala IWK oleh rakan sejawatannya, Narendran Maniam.

Mereka turut menandatangani perjanjian pegangan saham untuk syarikat yang bakal menguruskan loji, Central Water Reclamation Sdn Bhd dengan 60 peratus saham dimiliki air Selangor dan IWK sebanyak 40 peratus.

Turut hadir menyaksikan majlis MOU adalah Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Projek loji air pulih guna bakal dilaksanakan di Setia Alam yang mampu mengeluarkan lapan juta liter sehari, Seksyen 23 Shah Alam (40 juta liter) dan Pantai Dalam, Kuala Lumpur (100 juta liter).

Usaha sama tersebut membantu Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan mengasingkan bekalan air untuk sektor domestik dan industri untuk jangka masa panjang.


Pengarang :