Seorang wanita memasukkan sumbangan beras ke dalam ‘Box of Hope’ yang disediakan Air Selangor di salah sebuah Pasaraya Village Grocer. Foto Facebook Air Selangor
AGENSISELANGOR

Air Selangor sedia kotak sumbangan, mudahkan orang ramai salur bantuan makanan

SHAH ALAM, 16 MAC: Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyediakan kotak sumbangan makanan di Pasaraya Village Grocer untuk disalurkan kepada komuniti memerlukan di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Agensi berkata program tanggungjawab sosialnya bertujuan memudahkan pembeli di lima cawangan pasar raya tersebut menyalurkan makanan asas ke dalam ‘Box of Hope’.

“Antara cawangan yang menyediakan kotak berkenaan ialah MyTown, Cheras; 1Mont Kiara; Melawati Mall, Ampang; i-City Mall, Shah Alam dan Tamarind Square, Cyberjaya.

“Orang ramai juga boleh menghulurkan sumbangan melalui akaun bank CIMB Bank Berhad di nombor akaun 8007985118,” katanya di Facebook.

Tambahnya, setiap transaksi dengan jumlah yang tepat perlu dihantar ke e-mel [email protected] dengan catatan Bantuan Inisiatif ‘Box of Hope’.

Air Selangor menjelaskan sumbangan berkenaan akan diserahkan kepada Yayasan Food Bank Malaysia untuk pengagihan.


Pengarang :