Pengarah LUAS, Hasrolnizam Shaari (tengah, atas) bersama panel jemputan forum air Selangor sempena Sambutan Hari Air Sedunia peringkat negeri menerusi siaran langsung di Facebook LUAS pada 30 Mac 2021. Foto NADIAH ZAMLUS/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Bekalan air cukup, tiada operasi pembenihan awan

SHAH ALAM, 30 MAC: Selangor tidak melaksanakan operasi pembenihan awan sejak tigak tahun lalu berikutan bekalan air masih mencukupi.

Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata kaedah tersebut tidak dijalankan sejak 2018 dan operasi hanya berlaku pada tahun sebelumnya.

“Operasi pembenihan awan paling banyak pada 2015 iaitu 410 operasi diikuti 2016 (266) dan 2014 (244) manakala 2017 pula mencatat hanya tujuh,” kata Hasrolnizam Shaari ketika menjadi panel forum air Selangor sempena Sambutan Hari Air Sedunia peringkat negeri menerusi siaran langsung di Facebook LUAS.

Beliau berkata operasi pembenihan awam menggunakan teknik ‘hygroscopic flare’ bertujuan untuk meningkatkan intensiti di kawasan tadahan air empangan.

“Bagaimanapun ia dilaksanakan bergantung kepada cuaca iaitu kelembapan, angin dan awan kumulus menara,” katanya lagi.


Pengarang :