Petugas kesihatan Selcare memasukkan sampel ujian pada program Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 21 Mac 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Covid-19 catat 1,482 kes baharu, naik sedikit di Selangor

SHAH ALAM, 31 MAC: Sebanyak 1,482 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan Selangor masih mencatat bilangan tertinggi membabitkan 661 kes.

Ketua pengarah kesihatan dalam kenyataan berkata Pulau Pinang pada kedudukan kedua merekod sebanyak 200 kes manakala Sarawak sebanyak 176 kes.

“Sebanyak 1,070 kes sembuh dilaporkan menjadikan keseluruhan yang pulih seramai 345,500 orang sejak pandemik menular. Tujuh lagi kematian turut dicatatkan,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Jelasnya, sebanyak 13 kluster baharu dilaporkan membabitkan tempat kerja, komuniti dan kumpulan berisiko tinggi di Selangor, Sarawak, Pulau Pinang, Kedah, Labuan, Sabah dan Johor.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor berkata daerah Petaling merekodkan kes tertinggi iaitu 232 kes dengan bilangan tertinggi dicatat mukim Damasara sebanyak 90 kes.

“Daerah lain yang turut mencatat bilangan kes tinggi ialah Sepang sebanyak 202 kes diikuti Hulu Langat (93) dan Klang (81),” tulis agensi itu di Facebook.

Hulu Selangor pula merekodkan 26 kes, Gombak (18), Kuala Selangor (empat) dan masing-masing dua di Kuala Langat serta Sabak Bernam.

 


Pengarang :