Petugas kesihatan Selcare memasukkan sampel ujian pada program Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Melati, Shah Alam pada 20 Februari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Covid-19: Kes baharu kekal lebih 1,000, sembuh lebih 2,000

SHAH ALAM, 3 MAC: Sebanyak 1,745 kes positif Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 305,889 kes, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua daripada kes baharu merupakan jangkitan import manakala 1,743 penularan tempatan.

“Kedua-dua kes import adalah bukan warganegara manakala kes tempatan membabitkan 1,037 warganegara dan baki warga asing.

“Kes sembuh harian pula mencatat 2,276 kes menjadikan keseluruhan pulih 280,707,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 195 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 95 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham menambah, terdapat tujuh kematian dilaporkan hari ini membabitkan enam warga tempatan dan seorang bukan warganegara.


Pengarang :