Petugas Pejabat Kesihatan Kuala Langat mengambil sampel saringan Covid-19 ke atas seorang warga asing di Pangsapuri Langat Utama, Kuala Langat pada 1 Jun 2020. Foto BERNAMA
BERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: Kes sembuh di Selangor atasi jangkitan baharu

SHAH ALAM, 3 MAC: Bilangan kes sembuh Covid-19 di Selangor hari ini mengatasi jangkitan baharu iaitu 858 orang pulih berbanding 640 kes positif.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan dengan jumlah itu menjadikan negeri ini mencatatkan keseluruhan sembuh 98,842 kes.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 503 kes baharu di negeri ini adalah daripada kluster sedia ada dan saringan kontak rapat.

Menurutnya, 32 kes pula daripada kluster baharu iaitu kluster Jalan Utarid, Jalan Anak Gasing, Tapak Bina Jalan MP, Balakong Satu dan Jalan Perubatan.

“Dua kes import dari luar negara dan 135 kes daripada lain-lain saringan,” katanya menerusi kenyataan.

Dr Noor Hisham berkata negeri itu turut melaporkan satu kematian membabitkan lelaki warganegara berusia 67 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik.

 


Pengarang :