Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian Covid-19 ketika Saringan Komuniti di Dewan Melati, Shah Alam pada 20 Februari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: Kes sembuh di Selangor terus meningkat, atasi jangkitan harian

SHAH ALAM, 4 MAC: Kes sembuh Covid-19 di Selangor terus meningkat kepada 999 hari ini berbanding 858 kes semalam menjadikan keseluruhan pulih 99,841.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata jumlah kes aktif yang dirawat pula sebanyak 2,156 kes, tujuh daripadanya kes luar negara.

Sementara itu, ketua pengarah kesihatan berkata kes positif wabak di negeri ini menurun kepada 630 kes berbanding 640 yang direkodkan semalam.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata Selangor merekod kes tertinggi dalam negara dengan 526 kes dikesan daripada kluster sedia ada dan saringan kontak rapat.

“Jumlah ini termasuk 73 kes kluster baharu iaitu kluster Jasmine Empat, Lagenda Suria, Jalan Bukit Tiga, Jalan Damansara dan Industri Subang.

“Sebanyak dua kes import dari luar negara dan 102 kes lagi daripada lain-lain saringan,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau memaklumkan terdapat tiga kematian membabitkan dua lelaki dan seorang wanita warganegara berusia lingkungan 70 hingga 79 tahun.


Pengarang :