Petugas Kesihatan Selcare membantu orang ramai agar tetap mengikuti tatacara operasi piawai (SOP) ketika Saringan Komuniti di Dewan Melati, Shah Alam pada 20 Februari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Covid-19: Kes sembuh kekal angka 2,000, jangkitan baharu lebih 1,000

SHAH ALAM, 7 MAC: Kes sembuh Covid-19 kekal dengan angka 2,000 apabila mencatatkan 2,506 kes sementara 2,548 kes dicatatkan semalam.

Ketua pengarah kesihatan berkata terdapat 1,683 kes baharu dilaporkan hari ini hampir menyamai jumlah kes semalam iaitu 1,680.

“Daripada jumlah kes baharu, 1,673 merupakan kes tempatan dan 10 kes mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebanyak 20,333 kes aktif dengan kebolehjangkitan selain tiga kematian direkodkan,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan di Facebook.

Tambah beliau seramai 174 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 81 memerlukan alat bantuan pernafasan.


Pengarang :