Petugas Kesihatan Selcare memasukkan sampel ujian individu pulang dari Sabah ke dalam beg saringan Covid-19 di Klinik Selcare, Shah Alam pada 4 Oktober 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Covid-19: Petaling rekod kes tertinggi lima hari berturut-turut

SHAH ALAM, 5 MAC: Sebanyak 249 kes baharu Covid-19 direkodkan di Petaling semalam, turun berbanding 340 kes yang dicatatkan kelmarin.

Bagaimanapun, daerah terbabit kekal merekodkan angka kes tertinggi untuk tempoh lima hari berturut-turut.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memaklumkan majoriti kes dikesan hasil saringan kontak rapat iaitu mukim Damansara (100), Petaling (67), Sungai Buloh (63) dan Bukit Raja (19).

“Sebanyak 118 kes di Hulu Langat, Gombak (88), Klang (62), Kuala Langat (48), Hulu Selangor dan Sepang masing-masing (27), Kuala Selangor (sembilan) serta Sabak Bernam (dua),” menurut jabatan itu di Facebook.

Semalam, kes sembuh di Selangor meningkat kepada 999 sekali gus mengatasi kes baharu iaitu 630.

Keseluruhannya, Selangor mencatat 102,288 kes sejak pandemik melanda.


Pengarang :