Petugas kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Orang Ramai Teluk Panglima Garang, Kuala Langat pada 20 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: Sabak Bernam kekal daerah tunggal tiada kes harian

SHAH ALAM, 31 MAC: Sabak Bernam semalam kekal tidak merekodkan kes baharu Covid-19 selama dua hari berturut-turut.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan daerah berkenaan juga satu-satunya masih berada di dalam zon kuning.

“Hulu Langat menyumbang kes tertinggi di negeri ini iaitu 124 dengan 70 di penjara manakala Kajang (22), Cheras (14), Semenyih dan Ampang masing-masing lapan serta Hulu Langat (dua),” kata jabatan berkenaan menerusi Facebook.

Bagi daerah lain pula Petaling merekodkan 109 kes diikuti Klang (93), Gombak (42), Sepang (19), Kuala Langat (tujuh), Kuala Selangor (empat) dan Hulu Selangor (satu).

Secara keseluruhan Selangor mencatat 401 kes baharu Covid-19 semalam dengan 329 adalah tempatan dan dua import.

Setakat ini jumlah kumulatif kes Covid-19 di negeri ini adalah 115,417.


Pengarang :