Petugas kesihatan membuat ujian calitan ke atas peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di Dewan Seroja Seksyen 27, Shah Alam pada 14 Mac 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: Saringan pekerja kilang di Petaling punca kes harian tertinggi

SHAH ALAM, 17 MAC: Petaling menjadi daerah tertinggi kes baharu Covid-19 di Selangor apabila merekodkan 246 kes hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan punca utama disebabkan saringan pekerja kilang Subang Dua di mukim Damansara yang mencatatkan 146 kes.

“Kedua tertinggi di Hulu Langat dengan 78 kes, majoriti berpunca dari saringan kontak rapat di mukim Kajang iaitu 29.

“Ia diikuti Klang yang mencatat 71 kes, 48 daripadanya adalah mukim Klang dengan punca utama hasil saringan pekerja,” kata jabatan itu menerusi Facebook.

JKNS turut melaporkan 43 kes dari Kluster Kompleks Perabot di Kuala Langat antara faktor utama daerah itu merekodkan 52 kes hari ini.

Ia diikuti Sepang dengan 29 kes, Gombak (21) dan hanya dua kes di Kuala Selangor.


Pengarang :