Petugas kesihatan Selcare menganalisis sampel Covid-19 ketika program Saringan Komuniti bersasar secara percuma di Dewan Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 21 Mac 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Covid-19: Selangor rekod 490 kes, turun banding semalam

SHAH ALAM, 24 MAC: Kes harian Covid-19 di Selangor menurun kepada 490 kes berbanding 625 yang direkodkan semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata negeri itu kekal mencatat angka kes tertinggi dalam negara dengan 412 kes dikesan daripada kluster sedia ada dan saringan kontak rapat.

“Jumlah ini termasuk satu kes kluster baharu iaitu Kluster Jalan Alam dan 78 kes lagi daripada lain-lain saringan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata terdapat dua kematian baharu dilaporkan di negeri itu membabitkan lelaki warganegara berusia 43 dan 77 tahun, menjadikan jumlah maut 323 orang.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan sebanyak 412 pesakit sembuh hari ini menjadikan keseluruhan pulih 110,996.

Menurutnya, jumlah kes aktif yang sedang dirawat pula sebanyak 2,105 kes, lima daripadanya kes luar negara.


Pengarang :