Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (kiri) ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 13 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Dua lagi kluster baharu di Selangor babit pekerja tapak binaan

SHAH ALAM, 18 MAC: Dua kluster baharu akibat jangkitan Covid-19 dikesan di Selangor melibatkan pekerja tapak binaan di Petaling dan Sepang.

Ketua pengarah kesihatan berkata Kluster Tapak Bina Persiaran Setia dilaporkan berlaku semalam hasil saringan bersasar.

“Saringan di tapak binaan Persiaran Setia Alam di sini membabitkan 100 individu dan sehingga kini 18 kes dikesan positif Covid-19,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Satu lagi kluster ialah Kluster Tapak Bina Persiaran Sunsuria yang berlaku di Persiaran Sunsuria, Sepang.

Sehingga kini, 410 individu disaring dan 11 kes didapati positif.


Pengarang :