ADN Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin (berdiri dua dari kanan) bersama ADN Balakong Wong Siew Ki (kiri) dan beberapa barisan wanita mempromosi kempen Wanita Memimpin #ChooseToChallenge pada 1 Mac 2021. Foto Facebook
ADNSELANGOR

DUN Bandar Utama anjur siri temu bual pemimpin wanita

SHAH ALAM, 3 MAC: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama menganjurkan siri temu bual dalam talian sempena kempen Wanita Memimpin #ChooseToChallenge mulai 1 hingga 20 Mac ini.

Wakil rakyatnya berkata kempen itu bertujuan mengiktiraf kepimpinan wanita dan membantu golongan itu memahami peranan mereka dalam pelbagai bidang atau latar belakang.

“Terdapat sembilan siri temu bual menerusi Facebook saya yang memperkenalkan pemimpin wanita daripada pelbagai kelompok.

“Kita harap perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada semua kaum hawa supaya berani melangkah ke hadapan dan menyahut cabaran ke arah keserataraan gender yang sejahtera,” kata Jamaliah Jamluddin kepada SelangorKini.

Menurutnya, wanita era kini seharusnya bangkit dan perlu memainkan peranan penting bukan sahaja dalam pengurusan rumah tangga tetapi hingga peringkat memimpin negara.

“Semoga program ini mendapat sokongan semua pihak di samping memberi kesedaran mengenai peranan kaum itu dalam sesebuah institusi kepimpinan,” katanya.


Pengarang :