Lee Kee Hiong (kanan) menyerahkan bantuan makanan dan susu tepung ke Rumah Sejahtera Warga Emas Kerling, Hulu Selangor pada 13 Februari 2021. Foto Facebook Lee Kee Hiong
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

DUN Kuala Kubu Bharu agih makanan, bantu penduduk susah

SHAH ALAM, 16 MAC: Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu memperuntuk lebih RM70,000 bagi mengagihkan 2,147 bakul makanan kepada golongan terjejas Covid-19.

Wakil rakyatnya Lee Kee Hiong berkata sumbangan dikhususkan untuk keluarga berpendapatan rendah dan penghuni pusat pemulihan komuniti mulai Februari lalu.

“Semoga sumbangan ini meringankan beban mereka. Kita akan pastikan keperluan rakyat mencukupi dan terjamin dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata bantuan komputer turut diagihkan kepada pelajar sekolah tahfiz bagi memudahkan sesi pembelajaran dalam talian.

Pakej Kita Selangor memperuntuk RM100,000 kepada setiap DUN dan RM50,000 untuk ahli parlimen negeri bagi melaksanakan program Mesra Rakyat.

Program meliputi perolehan bekalan asas seperti beras, minyak masak, tepung dan makanan dalam tin boleh dilaksanakan secara terus.


Pengarang :