Dr Siti Mariah Mahmud meluangkan masa meninjau hasil produk selepas prapelancaran Tanjung Seri di Isetan KLCC, Kuala Lumpur pada 8 September 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Ekspo Hasil Suri Selangor secara hibrid bermula 24 April

SHAH ALAM, 9 MAC: Kerajaan Negeri akan menganjurkan Ekspo Hasil Suri Selangor (HaSSel) secara hibrid bermula 24 hingga 28 April ini.

EXCO pembangunan wanita dan keluarga berkata ekspo kali ini diadakan buat pertama kali melalui fizikal dan maya dengan pengunjung memiliki kelebihan menghadirinya dengan kesesuaian masa masing-masing dan boleh mengulang siar mana-mana program dikehendaki.

“Pengunjung juga dapat menempuh pengalaman baharu apabila mengikuti ekspo secara dalam talian dengan rekabentuk tiga dimensi (3D) seolah-olah berada di dalam dewan sebenar,” kata Dr Siti Mariah Mahmud.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Pra Pelancaran HaSSel dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri semalam.

Mengulas lanjut, Dr Siti Mariah berkata HaSSel merupakan landasan bagi usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) wanita memperkenalkan produk bagi tujuan komersial.

Katanya, ia langkah Kerajaan Negeri memperkasakan golongan wanita di Selangor terutamanya mereka mempunyai masalah daripada segi sosio ekonomi.


Pengarang :