Mohd Zawawi Ahmad Mughni bersama Timbalan Pengarah Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan Norliza Yusoff meneliti kandungan buku Arif Belanja ketika majlis pelancaran buku itu di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 18 Mac 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: Buku Arif Belanja diagih didik belia urus kewangan

SHAH ALAM, 18 MAC: Kerajaan Selangor mengedarkan buku pengurusan kewangan kepada belia sebagai langkah mendidik dan mengurus belanjawan secara lebih sistematik.

EXCO pengguna berkata agihan buku Arif Belanja dibuat secara berperingkat menerusi pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kebanyakan belia negeri ini mempunyai pendapatan yang baik jadi kita mahu memberikan ilmu uruskan kewangan kerana tidak mahu golongan ini terjebak masalah muflis akibat salah urus.

“Buku ini membolehkan mereka atur perbelanjaan berdasarkan keperluan sekali gus mendidik kesedaran rakyat betapa pentingnya pengurusan wang,” kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni selepas merasmikan majlis pelancaran buku Arif Belanja di bangunan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri (SUK) hari ini.

Beliau berkata pihaknya menyasarkan kira-kira 10,000 buku dapat diagih ke seluruh kawasan negeri ini memandangkan manfaat besar diperoleh penerimanya.

“Untuk peringkat pertama membabitkan 1,000 edaran sahaja kerana terdapat masalah cetakan akibat kekangan pandemik Covid-19. Kita akan cuba edarkan keseluruhan secepat mungkin.

“Agihan melalui DUN dan PBT juga dilihat kaedah terbaik kerana terus sampai kepada golongn sasar,” katanya.

 


Pengarang :