Orang ramai mematuhi tatacara operasi piawaii (SOP) dengan mengenakan pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal ketika mengunjungi pasar raya di Prima Saujana, Kajang pada 15 Februari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Hanya sembilan individu ditahan ingkar SOP perintah kawalan

SHAH ALAM, 31 MAC: Seramai sembilan individu ditahan semalam susulan ingkar tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri kanan (keselamatan) berkata kesalahan membabitkan tujuh aktiviti pusat hiburan dan dua lagi tiada penjarakan fizikal.

“Kesemua mereka turut dikompaun atas kesalahan yang dilakukan,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan Op Benteng pula berjaya menahan 19 warga asing tanpa izin dan mengesan sebanyak 117 buah bot di perairan negara melalui aktiviti penglihatan.

Berhubung saringan wajib pekerja warga asing, Ismail Sabri berkata seramai 5,189 individu menjalani ujian Covid-19 semalam. Sembilan daripadanya positif.

“Secara keseluruhan, seramai 664,946 pekerja warga asing telah menjalani saringan Covid-19 yang melibatkan 34,524 majikan,” katanya lagi.


Pengarang :