Selangorkini
ADN Kota Anggerik, Najwan Halimi mengagih 200 kuntuman ros kepada pengunjung dan peniaga di Pasar Moden Seksyen 6 dan 16 sempena sambutan Hari Wanita Sedunia pada 11 Mac 2021. Foto Facebook Najwan Halimi
ADN SELANGOR

Hargai wanita, ADN Kota Anggerik edar 200 kuntum ros

SHAH ALAM, 11 MAC: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik mengedar 200 kuntuman ros kepada pengunjung serta peniaga wanita di Pasar Moden Seksyen 6 dan 16 hari ini sebagai simbolik penghargaan.

Wakil rakyat Najwan Halimi berkata pemberian itu sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut Isnin lalu selain merupakan tanda terima kasih terhadap pengorbanan kaum itu.

“Dalam apa jua bidang dan lapangan yang diceburi sama ada suri rumah, peniaga, penjawat awam, pendidik dan lain-lain, peranan wanita sememangnya cukup signifikan dan wajar diraikan.

“Semoga kuntuman ros ini dapat menambahkan keceriaan dan kegembiraan mereka untuk sepanjang hari ini,” katanya kepada SelangorKini.

Menurutnya, sejak menjadi wakil rakyat, beliau memastikan Hari Wanita disambut dan tahun ini memilih kawasan pasar yang menjadi lokasi tumpuan wanita.

“Edaran ros ini dilakukan bersama Penggerak Wanita Berdaya (PWB) DUN Kota Anggerik dan Batu Tiga,” katanya.


Pengarang :