Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan Data Internet Selangor yang akan memanfaatkan seramai 70,000 rakyat negeri ini dalam tempoh 12 bulan. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Hentikan tular berita tidak tepat kematian jururawat

SHAH ALAM, 19 MAC: Jabatan Kesihatan Pulau Pinang meminta orang ramai berhenti menularkan berita tidak tepat mengenai kematian jururawat yang bertugas di Hospital Pulau Pinang (HPP) dua hari lalu.

Pengarahnya, Datuk Dr Asmayani Khalib berkata ini penting bagi mengelakkan salah tanggapan orang ramai terhadap vaksin Covid-19.

Jelas Dr Asmayani, jururawat berusia 45 tahun itu sudah menerima suntikan vaksin Comirnaty pada 12 Mac lalu dalam keadaan stabil ketika pemerhatian di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Beliau tidak menunjukkan sebarang kontraindikasi, hanya mengadu lenguh pada tempat suntikan iaitu pada tangan kiri, namun sudah bekerja seperti biasa mengikut syif.

“Selain mempunyai komorbiditi penyakit darah tinggi kronik, beliau mengadu kepada suaminya dia tidak selesa bernafas pada Selasa lalu, tetapi tidak mendapatkan sebarang rawatan perubatan atau melaporkannya kepada pasukan PPV,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Asmayani berkata, suami jururawat berkenaan mendapati isterinya tidak sedarkan diri pada Rabu lalu sebelum wanita terbabit disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah.

Katanya, laporan bedah siasat menunjukkan kematian jururawat itu disebabkan serangan jantung dan tiada tanda anafilaksis atau reaksi alergi.

“Oleh itu, kematian ini tidak berkaitan dengan vaksinasi COVID-19,” katanya.


Pengarang :