Seorang petugas kesihatan menanggalkan sarung tangan getah selepas menjalankan saringan Covid-19 di Petaling Jaya pada 18 Januari 2021. Foto AFP
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Hulu Langat tertinggi kes harian Covid-19 tiga hari berturut

SHAH ALAM, 13 MAC: Hulu Langat mengekalkan rekod kes baharu Covid-19 tertinggi untuk tiga hari berturut-turut dengan 428 jangkitan semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan kebanyakan kes di daerah tersebut dikesan adalah hasil saringan kontak rapat.

“Daripada jumlah itu, mukim Ampang mencatat 143 kes, Kajang (133), Cheras (83), Semenyih (36), Hulu Langat (21) dan Beranang (11),” katanya menerusi Facebook.

Sementara itu, jangkitan di Petaling turut merekod tiga angka dengan 124 iaitu Damansara (52), Petaling (41), Sungai Buloh (22) dan Bukit Raja (sembilan).

Bagi daerah lain, Klang dengan 68 kes, Kuala Langat (61), Gombak (39), Sepang (17), Hulu Selangor (sembilan) dan Kuala Selangor (lima) manakala tiada jangkitan di Sabak Bernam.

Keseluruhannya, Selangor merekodkan 751 kes semalam manakala angka sembuh 501 orang.


Pengarang :