Petugas kesihatan melakukan persiapan bagi proses ujian saringan Covid-19 kepada orang ramai yang hadir membuat ujian saringan bersasar ketika tinjauan di Klinik Kesihatan Membedai Labuan. Foto: BERNAMA
BERITA UTAMASELANGOR

Jangkitan Covid-19 meningkat sedikit di Selangor, catat 401 kes

SHAH ALAM, 30 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Selangor meningkat sedikit hari ini apabila merekodkan 401 kes berbanding 219 kes semalam.

Ketua pengarah kesihatan berkata jumlah yang dicatatkan adalah daripada 1,133 kes yang direkodkan seluruh negara.

“Ia meliputi 1,125 kes tempatan dan lapan kes import. Manakala jumlah kes sembuh pada hari ini adalah 1,148 kes,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memaklumkan terdapat 524 kes sembuh hari ini dengan satu kematian direkodkan.

“Daripada 401 kes di negeri ini, 329 merupakan kes tempatan, 2 kes import dan 70 melibatkan jangkitan dalam penjara,” katanya menerusi Facebook.


Pengarang :