Petugas kesihatan Selcare menganalisis sampel Covid-19 ketika program Saringan Komuniti bersasar secara percuma di Dewan Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 21 Mac 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jangkitan Covid-19 turun kepada 1,327 kes

SHAH ALAM, 21 MAC: Jangkitan baharu Covid-19 turun kepada 1,327 kes hari ini berbanding 1,671 kes yang dilaporkan semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selangor kekal mencatat kes tertinggi iaitu 356 kes, diikuti Sarawak (276) dan Pulau Pinang (205).

Johor dan Kuala Lumpur masing-masing mencatat 141 dan 115 kes dan tiada kes di Labuan.

“Kes sembuh merekodkan 1,247 kes, menjadikan keseluruhan yang pulih seramai 317,289 orang. Empat lagi kematian turut dilaporkan,” menurut kementerian itu.

KKM memaklumkan sebanyak 154 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 65 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Berikut pecahan kes harian mengikut negeri:

  • Selangor (356)
  • Sarawak (276)
  • Pulau Pinang (205)
  • Johor (141)
  • Kuala Lumpur (115)
  • Perak (55)
  • Sabah (50)
  • Kedah (30)
  • Kelantan (30)
  • Negeri Sembilan (22)
  • Terengganu (18)
  • Pahang (11)
  • Melaka (10)
  • Perlis (5)
  • Putrajaya (3)
  • Labuan (0)

Pengarang :