Pasukan berbasikal Selangor giat menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Johor tahun hadapan ketika tinjauan di Taman Seri Pekan Kapar, Kapar pada 4 Julai 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Jelajah Selangor anjur acara berbasikal, futsal awal Mei

SHAH ALAM, 9 MAC: Kerajaan Negeri bercadang mengadakan program berbasikal dikenali Jelajah Selangor susulan kelonggaran tatacara operasi piawai (SOP) bagi aktiviti sukan.

EXCO sukan berkata, acara yang masih dalam rangka perbincangan itu dijangka akan diadakan pada awal Mei depan.

“Selain aktiviti berkaitan, kita juga mengatur beberapa acara sukan lain seperti futsal dan maraton,” kata Mohd Khairuddin Othman ketika dihubungi.

Sementara itu, beliau berkata atlet negeri akan mengadakan latihan dalam masa terdekat sebagai persiapan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma).

“Perbincangan lanjut bersama Majlis Sukan Negeri Selangor sedang diadakan bagi memastikan kaedah latihan mengikut SOP,” katanya.


Pengarang :